SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM SISWA BISTARI DI UiTM JOHOR
Usaha untuk menjalinkan hubungan industri dengan universiti telah dimulakan dalam bulan Mac 2004 di mana Program Siswa Bistari telah ditubuhkan setelah rundingan mengenainya dilakukan oleh pihak pengurusan UiTM Johor yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohamed Hashim Mohd Kamil dengan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation yang dinaungi oleh Tan Sri Mohammad Ali Hashim.

Akhirnya pada 9hb September 2004 maka satu perjanjian persefahaman di antara UiTM Johor dan Johor Corporation telah ditandatangani bagi menjayakan usaha murni ini maka itu Program Siswa Bistari yang berteraskan kepada keazaman mewujudkan graduan usahawan melalui jalinan industri ini telah terlaksana.
Penyerahan MOU di antara CEO Johor Corporation dengan Naib Canselor UiTM
buku aturcara majlis pelancaran program siswa bistari pada 09/09/2004
Objektif Penubuhan:
a. Untuk mewujudkan budaya keusahawanan dikalangan bakal graduan.
b. Untuk mempercepatkan proses kelahiran usahawan Bumiputera kelas menengah.
c. Sebagai kesinambungan program keusahawanan Tunas BISTARI di UiTM
d. Sebagai salah satu usaha merapatkan hubungan antara Johor Corporation dan UiTM.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan diperingkat awal penubuhan Program Siswa Bistari iaitu - Alam Dobi Entrepreneur, Phonetic Communication, Fantasy Cafe', EZ Transport, 2FC Enterprise dan Sandwich House:
Panel Eksekutif bagi pihak UiTM Johor yang terbabit dalam menjayakan Program Siswa Bistari:
En. Basaruddin Shah Basri - Pengerusi
Pn. Noor Azrin Zainuddin - Setiausaha
En. Ros Hasri Ahmad - Bendahari
Senarai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor pada tahun 2004:
Rakaman gambar aktiviti Siswa Bistari sepanjang 2004:
Ucapan aluan dari CEO Johor Corporation Tan Sri Mohammad Ali Hashim
Majlis menandatangani MOU antara UiTM dan Johor Corporation
Gambar kenangan ahli Siswa Bistari UiTM Johor bersama Naib Canselor UiTM