PEMBENTANGAN KAJIAN KESAN SISWA BISTARI DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA IMEC 2007 PULAU PINANG - 22/06/2007
Satu kajian berkaitan dengan peserta Program Siswa Bistari telah dilakukan oleh En. Ros Hasri Ahmad bersama En. Shahrul Effendy Janudin untuk melihat kesan program ini terhadap peserta program untuk memilih bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila mereka tamat pengajian.
senarai kertas kerja yang diterima untuk pembentangan
abstrak bagi kajian yang dibentangkan
sijil penghargaan di atas penyertaan konferensi antarabangsa
PEMBENTANGAN KAJIAN PERLAKSANAAN PROGRAM SISWA BISTARI UiTM JOHOR DI 7th ACADEMIC CONFERENCE UiTM JOHOR 2007 SUTRA BEACH RESORT PORT DICKSON
Satu kajian berkaitan dengan perlaksanaan Program Siswa Bistari telah dilakukan oleh En. Basaruddin Shah Basri, En. Ros Hasri Ahmad dan Pn. Noor Azrin Zainudin untuk melihat kesan pelaksanaan program ini ke atas para peserta program dan menilai setiap isi kandungan aktiviti yang telah dilaksanakan bersama pihak Johor Corporation.
KURSUS PENGURUSAN SYARIKAT DAN KOMUNIKASI BERKESAN - 21/05/2007
Kursus pengurusan syarikat dan komunikasi berkesan ini telah dilaksanakan pada 21/05/2007 sehingga 25/05/2007 bertempat di Kompleks Nusa Mutiara, Johor Bahru. Penerangan berkaitan dengan penubuhan dan pengurusan sesebuah syarikat telah diberikan oleh wakil Johor Corporation yang terdiri daripada pengurus dan ketua eksekutif beberapa rangkaian syarikat yang bernaung di bawah Johor Corporation. Di samping itu satu aktiviti berkaitan komunikasi berkesan telah dilakukan di tapak bekas penjara Johor Bahru.
Sesi taklimat dan penerangan mengenai penubahan dan pengurusan syarikat
sesi taklimat program komunikasi berkesan di bekas penjara johor bahru
aktiviti yang dilakukan di dalam program komunikasi berkesan
sesi perbincangan di antara pensyarah pembimbing siswa bistari bersama wakil johor corporation
PENDAFTARAN PERSATUAN USAHAWAN SISWA BISTARI - 13/03/2007
Usaha untuk memudahkan Program Siswa Bistari melaksanakan aktivitinya memerlukan ianya bergerak dalam bentuk persatuan, melalui persatuan program ini boleh menjana dana dengan membuka keahlian persatuan kepada seluruh warga UiTM Johor. Disamping itu ia memberikan ruang kepada ahlinya mendapatkan peruntukan kewangan dari pihak HEP melalui dana TAP.
Alhamdulillah, setelah melengkapkan beberapa maklumat dalam borang penubuhan persatuan dan penyenaraian ahli jawatan kuasa dan penasihat yang bakal menerajui perjalanan persatuan, pada 13hb Mac 2007 secara rasminya persatuan berteraskan aktiviit keusahawanan - Persatuan Usahawan Siswa Bistari ditubuhkan.
Senarai aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor pada tahun 2007: