siswa bistari uitm johor

siswa bistari uitm johor

Sabtu, 31 Disember 2011

aktiviti siswa bistari 2011

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH PROGRAM TERBAIK 2011
Siswa Bistari telah menghantar satu pencalonan untuk kategori keusahawanan dalam anugerah program terbaik 2011 anjuran HEP UiTMM.

 
Kategori keusahawanan - Cabaran Catur Bistari - Semangat Keusahawanan Islam Melalui Aktiviti Permainan Catur Bistari Dengan Kerjasama Johor Corporation-UiTM Johor.



Alhamdulillah, UiTM Johor sekali lagi melalui Persatuan Usahawan Siswa Bistari (PUSB) masih tersenarai di antara tiga terbaik dalam kategori keusahawanan bagi seluruh UiTM.

Tahniah di atas kejayaan ini kepada semua penasihat dan ahli persatuan PUSB.



PERTANDINGAN CATUR BISTARI TERBUKA 2011 - 17/12/2011
Bersempena dengan Program Minggu Keusahawanan (PROMIK) 2011, Persatuan Usahawan Siswa Bistari telah diberikan kepercayaan oleh pihak MASMED UiTM Johor untuk menganjurkan Cabaran Catur Bistari Terbuka UiTM Johor dan Pertandingan Inovasi Makanan bertempat di Speaker's Corner dan Bilik Mesyuarat Ketua Program.

Malaysia Academy of SME and Entrepreneurial Development (MASMED)

Cabaran Catur Bistari Terbuka UiTM Johor:
 banner pertandingan
 sebahagian daripada peserta pertandingan
proses pengiraan aset terkumpul bagi setiap kumpulan yang bertanding

Pertandingan Inovasi Makanan:

empat kumpulan berjaya ke peringkat akhir
cucur chocolate drop bersama twinkle fruit dumpling
dragon fruit jam bersama begedil ubi mampu
 
sirap bali buah-buahan bersama popia
keropok belinjau bersama sambal sira istimewa

Terima kasih kepada pihak MASMED, sekretariat PUSB yang menganjurkan program ini, pihak pengadil yang sudir hadir iaitu En Shahman dari Kolej Komuniti Segamat, Cik Azie dari Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd dan para peserta pertandingan cabaran catur bistari terbuka serta inovasi makanan sempena Program Minggu Keusahawanan (PROMIK) UiTM Johor 2011.




PROGRAM JAMUAN HARI RAYA - 10/09/2011
Program Jamuan Hari Raya telah diadakan pada 10hb September 2011 bertempat di Blok SL004 dengan kehadiran seramai 150 ahli persatuan bersama 3 orang penasihat dan 4 tetamu jemputan khas dari Johor Corporation yang telah banyak membantu persatuan untuk menjayakan program-program Siswa Bistari. Beberapa aktiviti telah dijalankan dalam program ini seperti persembahan nyayian hari raya, cabutan bertuah dan persembahan daripada pihak sekretariat aktiviti ini.

 cabutan bertuah - nombor bertuah berada di atas penutup cumi
 paduan suara untuk lagu raya oleh wakil sekretariat jamuan hari raya
persembahan dari ahli-ahli baru persatuan usahawan siswa bistari
 tetamu jemputan en. syahman konsultan as-sakinah management
sekretariat jamuan hari raya 2011 bersama penasihat dan wakil johor corporation

Alhamdulillah, program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli jawatankuasa Persatuan Usahawan Siswa Bistari dengan ahli-ahli persatuan disamping menghargai sumbangan rakan jaringan industri dari Johor Corporation dalam mengerakkan aktiviti keusahawanan secara bersama.


LAWATAN AMAL KE RUMAH NUR SALAM @ YAYASAN CHOW KIT - 20/08/2011
Satu aktiviti jualan amal selama seminggu telah diadakan sebelum progam lawatan amal ini dilakukan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan ke Rumah Nur Salam @ Yayasan Chow Kit bagi membantu tenaga sukarela yang berkhidmat di sini melaksanakan aktiviti.

Seramai 34 orang peserta dan 2 orang pegawai pengiring iaitu Tn. Hj. Ros Hasri Hj. Ahmad dan Pn. Siti Masnah Saringat telah terlibat dalam program ini. Satu aktiviti di antara ahli Persatuan Usahawan Siswa Bistari telah dilakukan bersama anak-anak yang datang ke tempat ini untuk mengisi aktiviti seharian mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing.
 jualan amal mengumpul dana untuk sumbangan
 pusat sehenti dan perlindungan rumah nur salam @ yayasan chow kit
 sebahagian dari peserta lawatan sambil beramal PUSB
taklimat dari 'daddy' ketua penyelia rumah nur salam
aktiviti bersama ahli PUSB dengan anak-anak di rumah nur salam

Rumah Nur Salam ini menjadi tempat perlindungan dan pengisian diri bagi anak-anak kecil yang hidup di kotaraya mendapat bimbingan dan perlindungan. Semoga program seperti ini memberikan kesedaran kepada para pelajar untuk menghargai kehidupan dan peluang yang mereka perolehi dan memainkan peranan mereka untuk menyumbang semula kepada masyarakat.



LAWATAN KEUSAHAWANAN KE KILANG HPA INDUSTRIES ARAU - 29/07/2011
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Siswa Bistari UiTM Johor pada  29-30 Julai 2011 melibatkan seramai 30 orang peserta dan 2 orang pegawai pengiring iaitu Tn. Hj. Ros Hasri Hj. Ahmad dan Pn. Siti Masnah Saringat.


Lawatan telah dimulakan dengan mendengar taklimat dari Tn. Hj. Ahmad Ali di ibu pejabat operasi HPA Industries Sdn Bhd di Jejawi:
 rakaman kenangan di bahagian pemasaran dan jualan HPA Jejawi
 mendengar taklimat mengenai operasi HPA di Jejawi
cenderamata kenangan dari PUSB kepada wakil HPA Industries

Semua peserta bertolak ke Kuala Perlis untuk lawatan yang kedua iaitu di kawasan Perindustrian IKS Kuala Perlis yang menjadi tempat pengeluaran produk kopi Radix HPA:

 melihat proses pengeluaran produk kopi radix HPA
plak kenangan kehadiran PUSB di HPA Kuala Perlis

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada peserta untuk melihat kesungguhan pengusaha mengeluarkan produk makanan halal sebagai tanggungjawab terhadap umat Islam di negara ini.



MOTIVATION TALK KEUSAHAWANAN - EN MD RASHID MD YASSIN - 18/06/2011
Persatuan Usahawan Siswa Bistari UiTM Johor telah mengadakan program motivation talk keusahawanan pada 18hb Jun 2011 bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai keusahawanan dan pengurusan perniagaan dari perspektif seorang usahawan.

Untuk itu PUSB telah menjemput En. Md Rashid Md Yassin seorang usahawan yang telah menceburi bidang pertanian, penternakan dan maju setapak lagi dalam bidang pengeluaran makanan dari hasil pertanian.


 ucapan aluan berserta pantun dari pengacara majlis
 usahawan menceritakan pengalaman sewaktu banjir johor 2006
 sesi soal jawab - resepi untuk berjaya dalam perniagaan
 sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman
rakaman kenangan bersama sekretariat program motivation talk keusahawanan

Semoga penganjuran program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang berterusan dengan pihak usahawan dan dapat memberikan gambaran sebenar dunia perniagaan kepada para peserta.


PROGRAM JARINGAN KEUSAHAWANAN SISWA BISTARI UiTM JOHOR DAN TUNAS BISTARI SMK TUN SARDON RENGIT - 25/03/2011
Program jaringan keusahawanan ini melibatkan seramai 20 orang fasilitator (terdiri dari ahli PUSB) bersama seorang penasihat dan 39 orang pelajar dari SMK Tun Sardon Rengit, Johor.

Program ini bertujuan untuk berkongsi kehidupan seorang mahasiswa agar ia menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke universiti.

Beberapa aktiviti telah dilakukan oleh fasilitator seperti majlis penyerahan adik angkat, soal hati, 'explorace' perniagaan dan 'business planning'.


 meraikan kedatangan adik-adik dari SMK Tun Sardon
 sesi 'ice breaking' di antara ahli PUSB dan Tunas Bistari SMK Tun Sardon
 persiapan untuk mengatur strategi bagi aktiviti 'explore race'
 antara konsep produk yang dihasilkan dalam aktiviti 'business planning'
rakaman kenangan penasihat, guru pembimbing dan peserta program

Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan dapat diteruskan dan program ini boleh diperkembangkan lagi ke sekolah-sekolah lain di negeri Johor yang terlibat dengan Tunas Bistari.



PERTANDINGAN CATUR BISTARI ANTARA FAKULTI 2011 - 20/03/2011
Bertempat di Dewan Makan Ulam Raja, Program Cabaran Catur Bistari Antara Fakulti telah di adakan dan ianya melibatkan peserta-peserta yang bertanding mewakili persatuan fakulti masing-masing 72 orang peserta telah menyertai pertandingan ini.

 fakulti-fakulti yang diwakili oleh para peserta
 majlis perasmian dan taklimat permainan kepada para peserta
 pertandingan bermula dan para peserta mula bersedia mengatur strategi
 pertandingan semakin hangat dan para peserta semuanya berdiri
rakaman kenangan bersama jawatankuasa penganjur pertandingan catur bistari

Keputusan pertandingan catur bistari antara fakulti diungguli oleh kumpulan Jujur Corporation dengan jumlah aset bernilai RM53,237,000.00, tempat kedua jatuh kepada kumpulan DIA D' Havoc dengan aset terkumpul sebanyak RM39.506,330.00 dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Generasi XY dengan aset sebanyak RM38,961,720.00.

Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan pertandingan catur bistari ini.


PERTANDINGAN CATUR BISTARI ANTARA KOLEJ 2011 - 05/03/2011
Program Cabaran Catur Bistari Antara Kolej-Kolej merupakan jalinan kerjasama di antara Persatuan Siswa Bistari dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sektor A, B dan C sempena Minggu Terbuka Kolej (MITEK 2011) yang telah diadakan pada 5hb Mac 2011 bertempat di Blok Sri Laksamana (SL004-SL006) di mana seramai 96 orang peserta telah menyertai pertandingan ini.


Pertandingan ini terbuka kepada semua penghuni kolej di UiTM Johor dan mereka mewakili kolej masing-masing iaitu Kolej Sempana Riau, Kolej Taming Sari, Kolej Mutiara, Kolej Baiduri, Kolej Intan, Kolej Zamrud dan Kolej Si Manja Kini.

slide pertandingan dipaparkan 
jawatankuasa penganjur pertandingan
pertandingan baru bermula - masing-masing masih duduk
pertandingan semakin rancak - masing-masing mula berdiri


Bagi johan pemenang akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 iaitu Kolej Taming Sari, naib johan pula mendapat sebanyak RM100.00 jatuh kepada Kolej Sempana Riau manakala tempat ketiga pula akan menerima sebanyak RM50.00 menjadi milik Kolej Sempena Alam Buana.

Tahniah kepada kolej-kolej yang menang dan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan pertandingan catur bistara antara kolej.


MAJLIS PELANCARAN HARI BISTARI 2011 - 25/02/2011
Penasihat dan ahli Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor telah dijemput oleh Johor Corporation untuk memeriahkan lagi Majlis Perlancaran Hari Bistari 2011 yang diadakan di Persada Johor, Johor Bahru.

Majlis tahunan ini diadakan oleh pihak Johor Corporation bagi menghargai penglibatan dan pencapaian para peserta program Didik Bistari, Tunas Bistari dan Siswa Bistari dalam kegiatan keusahawanan yang telah dilakukan oleh peserta program terbabit. Pesatuan Siswa Bistari UiTM Johor telah menerima anugerah dari kategori Syarikat Siswa Bistari untuk johan, naib johan dan tempat ketiga.

Rakaman fotografi majlis pelancaran hari bistari 2011:

ucapan perasmian oleh CEO Johor Corporation 
hadiah tempat ke tiga - 2FC 
hadiah naib johor - alam dobi entrepreneur 
hadiah johan - al biz fantasy cafe'

Senarai aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor pada tahun 2011: