siswa bistari uitm johor

siswa bistari uitm johor

Rabu, 11 Mac 2015

aktiviti siswa bistari 2015

SALAM Siswa BISTARI DAN SOKONGAN DARI PERANTAUAN 
12/03/2015


Assalamualaikum w.b.t. dan salam ingatan dari kami diperantauan...



Tahniah dan betapa berbesarnya hati kami berdua di sini apabila menerima beberapa catatan dari Puan Noor Azrin selaku penasihat persatuan serta sahabat akrab kami di UiTM Johor yang begitu kental dengan usaha beliau tanpa jemu untuk meneruskan kelangsungan persatuan ini.

Beberapa rakaman gambar telah dihantar Puan Noor Azrin dalam WeChat pada 27 Mac 2015 bagi memaklumkan perkembangan terkini persatuan membuatkan kami rasa amat berbangga dengan  perkembangan terkini persatuan Siswa BISTARI di mana dua buah syarikat iaitu Alam Dobi Entrepreneur dan Wrap & Rolls Cafe' telah mula beroperasi dan memberikan perkhidmatan mereka disamping usaha untuk menimba pengalaman dalam dunia perniagaan dan keusahawanan di universiti.

Kami doakan program ini mendapat sokongan dari pihak pengurusan UiTM Johor dan ianya adalah satu program yang amat bermanafaat kepada anak bangsa di mana ia mendapat kerjasama dari Johor Corporation (JCorp) sejak dari tahun 2004 yang organisasi ini telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan keusahawanan serta mempunyai beratus rangkaian syarikat yang bernaung di bawahnya.


Doa dan rasa berbesar hati buat Persatuan Siswa BISTARI UiTM Johor semoga usaha murni ini terus berkekalan, mendapat sokongan dan meraih kejayaan.

Dari kami berdua ros hasri & siti masnah - melbourne australia-


PENJENAMAAN SEMULA PROGRAM Siswa BISTARI UiTM JOHOR 2015
01/03/2015

ASSALAMUALAIKUM, Salam Sejahtera dan Salam 1 UiTM...

Lama rasanya blog ini telah tidak di update..
Semoga penasihat-penasihat Siswa BISTARI yang sedang berada diluar negara sentiasa dalam kesejahteraan.

Puan Siti Masnah sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dan Tuan Haji Ros Hasri sama-sama mencari pengalaman di negara orang.

Persatuan Keusahawanan Siswa BISTARI masih lagi berdiri utuh  walaupun pelbagai halangan yang datang. Namun sokongan dari pihak UiTM Segamat dan Johor Corporation sangat bermakna dari segi sokongan moral dan semangat.

MAKLUMAT TERKINI:

Proses penjenamaan semula Program Siswa BISTARI UiTM Johor sedang diusahakan dan sebagai langkah awal dua buah syarikat iaitu Alam Dobi Entrepreneur yang telah sekian lama dibangunkan sejak tahun 2004 terus kekal memberikan perkhidmatannya mereka kepada warga UiTM Johor dan kini syarikat Wrap & Rolls Cafe mula menawarkan hidangan masakan mereka kepada warga kampus ~ selamat menjamu selera :

ALAM DOBI ENTREPRENEUR




WRAP & ROLLS CAFE'


Semoga Persatuan ini dapat terus menjalankan aktiviti yang dirancangkan dengan lebih baik di semester seterusnya.

PERANCANGAN:
KAMI MEMBUKA PENYERTAAN AHLI PERSATUAN BARU YANG TERDIRI DARI IJAZAH SARJANA MUDA. SILA HUBUNGI SAYA
 :

Puan Noor Azrin Zainuddin 

SELAKU  PENASIHAT PERSATUAN DI PEJABAT BK13 BLOK KARYAWAN

 ATAU EMAIL SAYA DI 

noora909@johor.uitm.edu.my

AKTIVITI BUKAN SAHAJA MENJALANKAN PERNIAGAAN DI KAMPUS MALAHAN PELBAGAI AKTIVITI DAN KURSUS YANG BAKAL DIADAKAN DENGAN KERJASAMA JCORP DAN HEP UITM SEGAMAT