siswa bistari uitm johor

siswa bistari uitm johor

Sabtu, 5 Mei 2012

aktiviti siswa bistari 2012

SISWA BISTARI DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN UiTM SERENTAK 1 MALAYSIA - 16/07/2012 - 18/07/2012
PUSB sekali lagi dijemput oleh MASMED untuk menganjurkan aktiviti pertandingan dalam Karnival Keusahawanan UiTM Serentak 1 Malaysia. Kali ini PUSB menguruskan 3 aktiviti pertandingan iaitu Pertandingan Catur Bistari, Pertandingan Master Chef Siswa Bistari dan Pertandingan Fotografi Keusahawanan.






perasmian karnival keusahawanan oleh YB Datuk Dr Shahrudin

penilaian kualiti masakan peserta master chef 
kiraan aset para peserta pertandingan catur bistari
berapa ramai yang telah bertukar ke laluan jihad bisnes 
pengunjung berpusu-pusu untuk menikmati durian

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Para pemenang pertandingan telah mendapatkan hadiah masing-masing. Semoga program seperti ini dapat membuka ruang dan minda para ahli PUSB khususnya dan pelajar UiTM Johor amnya dalam melihat potensi kerjaya keusahawanan dan perniagaan.



PROGRAM TEAMBUILDING KEUSAHAWANAN, PENUBUHAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT SISWA BISTARI - 13/07/2012 - 15/07/2012
Seramai 24 orang pelajar UiTM Johor telah menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak Johor Corporation bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang. Program ini dikendalikan oleh 5 orang penceramah dari pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta dalam memahami mengenai proses perancangan perniagaan, penubuhan syarikat, penyediaan akaun syarikat, etika berpakaian dalam majlis, proses jenama dan networking.

Pn. Azrin dan Pn. Siti Masnah di majlis pembukaan program
Dr. Uwais memulakan ceramah berkaitan dengan keusahawanan
para peserta sedang mengisi borang soal selidik keusahawanan
 
para peserta sedang tekun mendengar taklimat penubuhan syarikat
En. Jamaluddin menerangkan mengenai syarat-syarat penubuhan syarikat
'pemindahan pemilikan saham tidaklah semudah seperti dalam drama melayu' - En. Jamaluddin 

Pada sebelah petang satu aktiviti luar untuk membina semangat berpasukan dikalangan peserta telah diadakan. Aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan membina menara di antara kumpulan yang diketuai oleh Abu Ubaidah (presiden persatuan) dengan Usman (ceo alam dobi).

 Abu sedang bermain layang-layang (patutlah menara asyik tumbang...)
menara yang dinaikkan tumbang ke bumi kesan tarikan kuat dari Abu
permulaan idea untuk takda kerja cari kerja dari Izham
(akhirnya kasut tersangkut semalaman)
kumpulan Abu dah beberapa kali cuba naikkan menara...
kumpulan Usman masih lagi cuba mengusung menara...
Adib mendoakan agar menara lawan jatuh (doa tu takut kumpulan kalah)
doa Adib untuk pasukan lawan telah dimakbulkan
aktiviti takda kerja cari kerja bermula (untuk menurunkan kasut yang tersangkut)

Disebelah malam program diteruskan dengan aktiviti penampilan diri di kalangan peserta dan mereka dikehendaki menyiapkan diri mengikut tema yang telah diberikan oleh En. Syahman.

'sesuai tak pakaian dipakai dengan tema yang diberikan?' En. Syahman

Pada hari Ahad pula program dimulakan dengan penyediaan akaun syarikat di bawah kendalian En. Rahman dan diikuti oleh En. Md Nasaruddin berkongsi pengetahuan beliau berkaitan dengan pengurusan jenama dan networking dengan para peserta program. Ceramah motivasi keusahawanan oleh Ustaz Mohd Syafiee 'Menjadi Sehebat Abd Rahman Auf'.

'akaun tu senang saja kalau dibuat hari-hari' - En. Rahman
'pernah tak tengok duit USD100.00' - En. Nasaruddin 
'amalkan surah al-waqiah setiap malam untuk tidak ditimpa kemiskinan' - Ustaz Shafiee

Semoga program ini dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para peserta dan idea-idea yang bernas untuk merancang kegiatan perniagaan dan keusahawanan.

  

SESI BERSAMA PENSYARAH PEMBIMBING, MENTOR DAN TENAGA PENGAJAR SISWA BISTARI - 25/06/2012
Bertempat di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam, Johor Corporation telah menjemput beberapa orang wakil yang terdiri daripada Pengarah Urusan Syarikat yang bernaung di bawah Johor Corporation (Mentor), Pensyarah Pembimbing dan Tenaga Pengajar dari UiTM Johor, UiTM Shah Alam, Politeknik Merlimau, Politeknik Ibrahim Sultan serta wakil dari UTM, USIM dan UniKL untuk bersama mencari pendekatan terbaik bagi menentukan hala tuju program Siswa Bistari.

sedang tekun membincangkan isu-isu yang dibahagikan kepada setiap kumpulan

Satu resolusi telah dihasilkan dengan enam saranan yang membabitkan sokongan KPT, kualiti keusahawanan pelajar, pengiktirafan universiti, kolaberasi agensi kerajaan, peranan Johor Corporation dan penyertaan industri terhadap program Siswa Bistari bagi memastikan keberkesanan dan kelangsungan program ini di dalam membantu mahasiswa, universiti dan KPT menyuburkan budaya keusahawanan di peringkat pengajian tinggi.

Perlantikan rasmi pensyarah-pensyarah pembimbing bagi program Siswa Bistari di UiTM Johor, UiTM Shah Alam, Politeknik Merlimau dan Politeknik Ibrahim Sultan turut diadakan di dalam majlis ini.

Tn. Hj. Ros Hasri menerima surat serta sijil perlantikan sebagai pensyarah pembimbing
Pn. Noor Azrin menerima surat serta sijil perlantikan sebagai pensyarah pembimbing
Pn. Siti Masnah menerima surat serta sijil perlantikan sebagai pensyarah pembimbing
En. Shafiee menerima surat serta sijil perlantikan sebagai pensyarah pembimbing

Dalam majlis ini juga Pn. Noor Azrin, Tn. Hj. Ros Hasri dan Pn. Siti Masnah telah diberikan pengiktirafan dan penghargaan oleh pihak Johor Corporation sebagai Pensyarah Pembimbing Berwibawa di atas sumbangan mereka dalam membantu usaha penubuhan, perkembangan dan perjalanan program Siswa Bistari di UiTM Johor yang telah menjangkau usia 8 lapan tahun.

Sijil pengiktirafan sebagai pensyarah pembimbing berwibawa - Pn. Noor Azrin
Sijil Pengiktirafan sebagai pensyarah pembimbing berwibawa - Tn. Hj. Ros Hasri
Pengiktirafan sebagai pensyarah pembimbing berwibawa - Pn. Siti Masnah
sesi bergambar bersama semua peserta program
pensyarah pembimbing UiTM Johor bersama wakil penganjur Johor Corporation

Semoga program seperti dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk memberi ruang kepada pensyarah pembimbing, mentor dan tenaga pengajar berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran bagi memaju dan menjayakan lagi program Siswa Bistari.



LAWATAN KEUSAHAWANAN PUSB KE KILANG BERYL'S - 25/06/2012
Pada 23hb Jun 2012, Persatuan Usahawan Siswa Bistari telah mengadakan program yang pertama untuk semester Jun 2012 – Oktober 2012 iaitu lawatan keusahawanan ke kilang Beryl’s Selangor. Seramai 30 pelajar bersama Pn. Noor Azrin selaku pegawai pengiring telah menjayakan program yang telah dirancang sebelum cuti semester lalu.








Semasa sesi lawatan ke Beryl’s ini dilakukan pihak pengurusan kilang telah memberikan serba sedikit mengenai latab belakang kilang dan kakitangan Kilang Beryl’s telah menunjukkan rakaman video mengenai proses pembuatan coklat dikilang berkenaan. Lawatan in sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan kepada para peserta untuk mengenali cabaran besar ketika menjadi seorang usahawan di masa akan datang.



MESYUARAT PERANCANGAN AKTIVITI SISWA BISTARI - 22/05/2012

Puan Rusita telah dilantik untuk mengetuai Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd juga merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti Siswa Bistari. Satu mesyuarat telah diadakan pada hari ini bagi membincangkan aktiviti bersama pada tahun ini.

Perbincangan untuk mengatur aktiviti untuk tahun 2012

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Noor Azrin Zainuddin dan ianya dihadiri oleh Hj Ros Hasri Hj Ahmad dan En Shafiee Tarmudi. Sebanyak empat aktiviti bersama telah dibincangkan untuk dilaksanakan: Kursus Penubuhan Syarikat dan Team Building, Medaniaga Siswa Bistari, Lawatan Bisnes dan Cabaran Catur Bistari Peringkat IPTA. 


Mengiringi wakil Bistari Young Entrepreneur 
Rakaman gambar penasihat-penasihat siswa bistari bersama Pn Rusita

Semoga aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.



MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN DAN KELAB PELAJAR UiTM 2011 - 30/04/2012
Persatuan Siswa Bistari telah menghantar penyertaan bagi pertandingan kategori keusahawanan bagi Anugerah Program Terbaik 2011 yang dianjurkan oleh Bahagian HEP UiTM Shah Alam sebagai penghargaan kepada semua persatuan dan kelab yang telah melaksanakan aktiviti mereka untuk kepentingan warga kampus dan masyarakat luar.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran sekali lagi kepada Allah swt kerana Persatuan Siswa Bistari berjaya mendapat tempat ke-3 dengan hadiah wang sebanyak RM500.00, trofi dan sijil penghargaan dalam bagi kategori keusahawanan dengan mencalonkan aktiviti 'Cabaran Catur Bistari - Semangat Keusahawanan Islam Melalui Permainan Catur Bistari'.


Sebagai wakil bagi pihak Siswa Bistari UiTM Johor
Menerima trofi dan sijil dari Dato' TNC HEP UiTM
Ianya kejayaan kita bersama (penasihat dan ahli Persatuan)
Rakaman kenangan bersama Datuk Timbalan Menteri KPT




PROGRAM SUPER BIZ DAY - 07/01/2012:
Persatuan Siswa Bistari telah mengadakan Program  Super Biz Day pada 7hb Januari 2012. Super Biz Day  ini diadakan selama satu hari dengan merangkumi tiga aktiviti iaitu Business  Walk, Business Adventure,dan Business Motivation Appreciation.

Ketiga-tiga aktiviti ini bertujuan menumpukan ke arah satu aspek utama iaitu aspek membentuk budaya keusahawanan dikalangan mahasiswa agar ianya menjadi kerjaya pilihan mereka di masa hadapan.

Super Biz Day  ini juga  diadakan bagi meraikan semua ahli-ahli baru Persatuan Usahawan Siswa Bistari yang telah pun mendaftar sebagai ahli pada semester ini. Dengan kehadiran ahli-ahli baru ini, persatuan ini dapat bergerak dengan lebih lancar dan mendapat sambutan di kalangan pelajar di UiTM Johor ini.


Ceramah motivasi keusahawanan dari Dr. Uwais Abdullah


Ceramah yang mencuit hati - kisah berniaga 'illegal' sewaktu belajar di ITM

Senarai aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor pada tahun 2012:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan